Tuesday, September 3, 2013

OTS

Assalamualaikum.


Kalau dikira, kadangkala reaksi spontan yang aku zahirkan bukanlah perasaan sebenar yang ada dalam hati aku. 

Kau tahu kenapa?

Mungkin aku bukanlah orang yang mampu membalas persoalan mahupun tindakan seseorang terhadap aku secara spontan dengan padu.
Ah begitu rumit ayat aku!
Bahasa mudah, aku akan kaku dan mungkin respon yang aku berikan tidaklah 100 persen sama jika dibandingkan dengan jawapan hati.
Mungkin kerana aku gementar, jawapan atau reaksi diluahkan jadi berbeza dgn yang aku ingin maksudkan.
Mungkin juga kerana aku kurang didedahkan soalan mencabar minda yang diminta jawapan segera.
Atau mungkin juga aku.......... penakut.

Dan aku memang penakut..............mengakui cinta kepadamuuuuuuuuuu.......... Seribu kali ku cuba ucapkan bila bersamamuuuuuu......... Kau bukan milikkuuuu........ Dan engkau pun tahuuuuuuu..........Kau bukan milikku............


Wahhh relatable betul lagu Yuna dengan entry ni lulzzzzz



P/S : 
Lain di mulut lain di hati.

faam

No comments: