Kalau dikira,
soalan matematik paling mengarut yang pernah aku fikir bunyi begini;
Soalan :
Jika dipetik sekuntum bunga,
Dilihat 13 kelopak semuanya,
Kau cabut satu persatu,
Jika kau mahu akhir senyuman manis kelihatan,
"He loves me" atau "He loves me not" akan kau mula dulu?
Jawapan dari sudut matematik:
Kalau kau mula dengan "He loves me", sudah pasti pengakhirannya perkataan itu juga kerana bilangan kelopak yang ganjil.
Jawapan dari sudut jiwa:
Bagi aku, jawapannya flexible.
Kalau kau mahu mengukir senyuman di akhir cabutan,
Boleh jadi "He loves me not" buatkan kau bahagia.
Tapi boleh juga "He loves me" yang kau tunggu-tunggu.
"He loves me".
Cliche.
Tak perlu aku terang kenapa perkataan tu buat kau tersipu malu.
Kau cinta dia, pastilah kau mahukan dia cintakan kau juga.
Daa~
Namun,
Yang anehnya, kenapa "He loves me not" boleh buat kau gembira?
Mungkin kau masih dalam bayang cinta pudar.
Kau hanya mahu kepastian dan mulakan kehidupan baru, cinta baru.
Hei awak,
ini soalan matematik kah?
A+ la setiap kali exam kalau ini yang ditanya.
Gila.
p/s :
Ini bukan soalan matematik, ini soalan jiwa.
faam
No comments:
Post a Comment