Monday, November 17, 2014

Penarik Konversasi

Disebabkan mood tetiba rasa nak melekat kat blog kejap setelah melalui hari yang agak bitter harini disebabkan kecuaian dan kealpaan sendiri, 
eloklah kiranya saya mengarang dengan kadar segera takut-takut kalau hilang langsung perasaan nak bercakap melalui tulisan.

Okay saya rasa nak bersopan sekarang ni jadi izinkan saya menggunakan ayat sebegini skema dan meloyakan. Terima kasih.


--------------------------------------------------------------------------------

Baru sebentar tadi saya melewati blog saya secara sekilas lalu dan perkataan 'photobucket' muncul dicelahan minda saya apabila saya terpandangkan bahagian banner.

Kalau-kalau ada di antara kalian yang mengikuti blog saya sebelum ini, eloklah kiranya kalian dapat menyimpan rahsia memori yang pernah kalian baca itu kemas-kemas agar tidak mengaibkan saya yang langsung tiada matang pada saat saya menaip setiap bait perkataan yang saya telah paparkan pada blog lama itu. Barangkali akal saya belum bercambah, dan sel-sel otak saya langsung tiada mahu berhubung dan menyatu erat ketika saya menghumban dan berkongsi setiap perkara mengaibkan dan bisa mengembangkan kerongkong bila dikenang kembali. Masakan saya mahu ceritakan perkara memalukan itu di sini. Potong kuku jari kalian lah.

Banner.

Ya saya. Kenapa dengan banner?
Seingat saya, ketika zaman saya begitu aktif menjadi blogger tegar, 
melakar dan merakam setiap perkara yang saya rasa perlu untuk dikongsi pada blog lama saya, saya akan lakukan. Biarpun tiada langsung keperluannya di situ. Dan perlukah ada keperluan jika ia hanyalah sekadar blog picisan, malah ia cuma blog peribadi, benar? 

Dan saya masih belum bercerita tentang banner yang sepatutnya saya ceritakan dari awal perenggan pertama. Malah, saya boleh katakan bahawa kalian ini berada dalam minda separa sedar. Baiklah, sekarang kita berada pada fasa perenggan keenam jika kalian masih belum menyedarinya lagi. 
Saya terhibur dan kagum dengan diri sendiri apabila mampu dengan fasihnya menempiaskan perkataan untuk bahagian permulaan (intro) dan masih belum nampak bayang untuk memasuki kawasan 'isi 1'.

Baiklah. Saya janji dengan tangan kanan saya yang saya akan mula bercerita tentang banner dalam stanza yang kita sedang lalui ini. Ketika saya masih giat aktif menggunakan blog lama saya sekitar tahun 2008 hingga lewat 2011, saya sangat menggemari aktiviti menyunting (edit) banner, elemen watermark juga tidak sama sekali akan lupa diterapkan pada penghujung sesi penyuntingan dijalankan. Saya menggantikan blog banner saya kepada yang baru untuk setiap beberapa bulan. Saya masih menyimpan fail gambar banner-banner blog saya dalam akaun photobucket, dan ketika itu photobucket juga merupakan antara laman sesawang terkenal untuk menyimpan fail-fail secara atas talian. 
.
.
.
.
. Dan sekarang, dapatkah kalian hubungkan perkara banner dengan photobucket?

Okay itulah kaitannya.
.
.
.
.
......... . .. .  ...

Penat juga menjadi pembaca blog ini.....dan saya kira, boleh mental juga kalian apabila terpaksa membaca bahagian intro yang maha panjang, namun perenggan isi dan penutup seperti hidup segan mati tak mahu; langsung tiada motif penceritaan!


Maafkan dinda.


p/s:
Saya sedaya upaya mungkin menahan gusi dari tertanggal apabila saya langsung tidak memasukkan perkataan 'haha' atau apa sahaja yang memberi makna ketawa dan terhibur, apabila saya berseloroh pada perenggan-perenggan di atas. 

Luar biasa, faam luar biasa tanpa ketawa.



faam

No comments: