Saturday, November 22, 2014

Maybe

Nak pesan awal-awal la, once aku dah attached dengan engkorang, aku memang jadi clingy girl la.

Contoh paling senang; dengan geprengs aku la.

Kalau depa tak reply ke apa ke, terus rasa kena ditched.
Tp tak pernah lagi la depa tak reply. 
Itu kalau kena tu, mau aku call tak henti-henti sampai mengigau depa hahahhaaa

hesteg saiko.

Maybe itu cara aku nak tunjuk yang aku betul sayang kat depa dan aku takleh nak elak untuk tak jadi overly attached girlfriend.

Aku lagi suka kalau orang clingy jugak.
Orang kata clingy lady ni ditakdirkan dengan clingy guy jugak. 
Orang la yang kata. Tp tak semestinya kan.
Ntohle.

p/s:
Oh Lord, my girlfriends are the great blessing to me. Alhamdulillah for that.

faam

Apakah

Aku tak berapa mengerti sebenarnya bila orang claimed aku friendzone seseorang sebab muka.
OHHMAYNN SERIOUSLY??!

Kepala hottaa' dia la aku judge muka.
Kau tengok senirik la ex aku acano before this takde pulak stok model ke apa ke.
zzzzzzzz

Aku dah la tak taraa manaa. Cantik pun idok, nak choosy buat apa yedok.


Malas la sembang dengan hampa. bye!

p/s:
Bunyi macam ramai betul gua friendzone kakakkaa
Lebih 2 kira ramai la pedehall.
HAHAHAHAHAA
Akhir kalam, konfiden itu perlu.

faam

Desp.

Taktahu la kalau before this aku pernah citer pasal benda ni ke tak tapiiii kesah pulak kalau nak citer banyak kali pun :3



Desperado.

Hari-hari la duk sebut nak makwe or pakwe cenggitu cenggini macam dah takde benda lain nak fokus selain kekasih hati.
Makwe yang kau nak, makwe la yang kau dapat. Bukan isteri. Beza tu beb.

Kalau sembang pasal nak suami or isteri yang cenggitu cenggini boleh hadam lagi la kot sebab at least dia nak benda yang HALAL. 

omg burnt tak?


but please jangan nampak desperate sangat kalau nak berlaki or berbini pun. rilek je doa kat Tuhan kayyy :*

Nak nak jugak, pastu ilmu apa semua taknak improve takde function gak bruhh,

well said, man.

Ye ye, pesan kat diri sendiri jugak ni haa.
Gua rasa gua lama lagi kot nak kawen apa semua ni. 
Paling awal maybe dalam 5 tahun lagi. Paling awal.

Ntohle.


faam


Tuesday, November 18, 2014

Annoyance

Pet peeve   noun
: a minor annoyance that an individual identifies as particularly annoying to themselves, to a greater degree than others may find it.


Okay cool aku nak sembang pasal pet peeve ni.

My BIGGEST pet peeve setakat ni is ORANG YANG TAK RETI NAK SWITCH OFF LAMPU KIPAS AIR-COND TELEVISION et cetera. 

Kalau setakat lampu sahaja maybe gua boleh chill lagi, ni kalau berjemaah semua appliances tak switch off, boleh jadi hulk jugak gua time tu.

Okay pet peeve yang lain gua malas nak tekankan sangat sebab yang gua baru mention kat atas ni menghantui gua secara terus sejak dua menjak ni. Boleh sewel jugak gua kalau depa taknak stop getting on my nerves.


So what's yours?


faam


Monday, November 17, 2014

Penarik Konversasi

Disebabkan mood tetiba rasa nak melekat kat blog kejap setelah melalui hari yang agak bitter harini disebabkan kecuaian dan kealpaan sendiri, 
eloklah kiranya saya mengarang dengan kadar segera takut-takut kalau hilang langsung perasaan nak bercakap melalui tulisan.

Okay saya rasa nak bersopan sekarang ni jadi izinkan saya menggunakan ayat sebegini skema dan meloyakan. Terima kasih.


--------------------------------------------------------------------------------

Baru sebentar tadi saya melewati blog saya secara sekilas lalu dan perkataan 'photobucket' muncul dicelahan minda saya apabila saya terpandangkan bahagian banner.

Kalau-kalau ada di antara kalian yang mengikuti blog saya sebelum ini, eloklah kiranya kalian dapat menyimpan rahsia memori yang pernah kalian baca itu kemas-kemas agar tidak mengaibkan saya yang langsung tiada matang pada saat saya menaip setiap bait perkataan yang saya telah paparkan pada blog lama itu. Barangkali akal saya belum bercambah, dan sel-sel otak saya langsung tiada mahu berhubung dan menyatu erat ketika saya menghumban dan berkongsi setiap perkara mengaibkan dan bisa mengembangkan kerongkong bila dikenang kembali. Masakan saya mahu ceritakan perkara memalukan itu di sini. Potong kuku jari kalian lah.

Banner.

Ya saya. Kenapa dengan banner?
Seingat saya, ketika zaman saya begitu aktif menjadi blogger tegar, 
melakar dan merakam setiap perkara yang saya rasa perlu untuk dikongsi pada blog lama saya, saya akan lakukan. Biarpun tiada langsung keperluannya di situ. Dan perlukah ada keperluan jika ia hanyalah sekadar blog picisan, malah ia cuma blog peribadi, benar? 

Dan saya masih belum bercerita tentang banner yang sepatutnya saya ceritakan dari awal perenggan pertama. Malah, saya boleh katakan bahawa kalian ini berada dalam minda separa sedar. Baiklah, sekarang kita berada pada fasa perenggan keenam jika kalian masih belum menyedarinya lagi. 
Saya terhibur dan kagum dengan diri sendiri apabila mampu dengan fasihnya menempiaskan perkataan untuk bahagian permulaan (intro) dan masih belum nampak bayang untuk memasuki kawasan 'isi 1'.

Baiklah. Saya janji dengan tangan kanan saya yang saya akan mula bercerita tentang banner dalam stanza yang kita sedang lalui ini. Ketika saya masih giat aktif menggunakan blog lama saya sekitar tahun 2008 hingga lewat 2011, saya sangat menggemari aktiviti menyunting (edit) banner, elemen watermark juga tidak sama sekali akan lupa diterapkan pada penghujung sesi penyuntingan dijalankan. Saya menggantikan blog banner saya kepada yang baru untuk setiap beberapa bulan. Saya masih menyimpan fail gambar banner-banner blog saya dalam akaun photobucket, dan ketika itu photobucket juga merupakan antara laman sesawang terkenal untuk menyimpan fail-fail secara atas talian. 
.
.
.
.
. Dan sekarang, dapatkah kalian hubungkan perkara banner dengan photobucket?

Okay itulah kaitannya.
.
.
.
.
......... . .. .  ...

Penat juga menjadi pembaca blog ini.....dan saya kira, boleh mental juga kalian apabila terpaksa membaca bahagian intro yang maha panjang, namun perenggan isi dan penutup seperti hidup segan mati tak mahu; langsung tiada motif penceritaan!


Maafkan dinda.


p/s:
Saya sedaya upaya mungkin menahan gusi dari tertanggal apabila saya langsung tidak memasukkan perkataan 'haha' atau apa sahaja yang memberi makna ketawa dan terhibur, apabila saya berseloroh pada perenggan-perenggan di atas. 

Luar biasa, faam luar biasa tanpa ketawa.



faam

Sunday, November 16, 2014

Lyrics

Adalah satu hari tu kan, aku selongkar channel TakaharaSuiko kat youtube and watched her videos. 
Dia ni memang rare la senang citer.
Sempoi habisss. Jenis yang dont give a freaking damn about ANYTHING.
Suara memang sedap lebih kurang fynnjamal sikit.
tapi tu tolak ke tepi dulu sebab tu bukan tujuannya aku sembang pasal dia kat sini.

Yang aku perasan bila kat ruangan komen orang tanya pasal lirik, 
ada lah beberapa kali jugak dia cakap yang dia substitute words yang dia tulis asalnya, dengan perkataan yang dia jumpa dalam thesaurus or dictionary,
ofcoz gua rasa to make it cooler and deeper lyrics.

Okay aku takde la bangkang ke apa ke sebab tu hak dia la nak buat apa lagipun cara tu memang salah satu cara yang betul untuk buat deeper lyrics ni but yeahh gua nak cakap gua kurang gemar je method tu.

Sebab apa?

First; 
kekadang tak semua perkataan sinonim boleh masuk dengan ayat.
okay yeah vocab takahara memang style la 
so gua rasa memang boleh je kalau dia nak buat cenggitu.
Gua je la takleh sebab english tak powerr so kalau sukati gua je subs synonym words kang hancus teruk jadinya. <----- Sembang seperti compose lirik je hahahahaa no really actually boleh gunapakai benda ni untuk puisi kemon lah~

Second;
Benda ni gua payah nak eksplen la bruhh. lu kena jenguk otak gua dan tengok tayangan imaginasi gua mengenai isu yang kita tengah kupas ni.

Third;
Nahhhhhhh no one gives a damn lah my opinion ni.


ciao!



faam

Friday, November 14, 2014

Perangai

Sekarang ni kan, gua kalau nak upload gambar kat instagram, mesti pikiaq captions sampai ada 2 or 3 pilihan pastu bila nak upload, pilih caption paling bangang sekali dan post hahahahha camharem perangai sebab aku rasa takde orang lain buat, aku je coz aku la manusia paling pelik yang korang pernah kenal hahahaa.

Nak tahu apa lagi tahi?

Ada one time tu, bila aku dengan kakak aku nak upload gambar yang sama kat instagram (hang out or buat activity sama-sama contohnya), aku siap offer dia captions yang aku dah ready karang kat note apps aku tu sebab ada sampai 5 captions kakakakkakaawkqdfcjdscbnkacn



faam

Bukan Beruang Kutub Anda

Selama gua hidup ni, gua sentiasa anggap yang gua ni mempunyai lemak yang tebal.
Tapi kan, gua hairan jugak bila malam, gua lagi prefer tak switch on any kipas or air cond.
Gua taktahan sejuk. Nanti bangun pagi kaki gua sejuk hingga ke tulang.
Kalau buat kipas derek menghadap muka pastu tido lagi best sebab nanti 
bangun pagi gua akan sakit tekak kemudian selesema dan demam yeay! ^^"

Tapi tengok jugak lah actually, sebab bilik gua memang semulajadi sejuk so sebab tu gua jadi camtu.

Ntah la bruhhh.



faam

Thursday, November 13, 2014

deri

Kalau ada yang tinggalkan komen kat memana entry gua, gua begitu kagum sebab rupanya masih ada pembaca blog ni kahhhkahkahh.

Serius bebbbb gua dah anggap blog ni macam diary dah sebab takde sape baca.
Yang beza blog ni dengan diary gua hanya lah; kalau diary, kita taktaw kalau orang ada baca padahal HARAM baca.


cewahh pandai ye sekarang jatuhkan hukum.
puiiii



faam

Test

Tak kiraaaa! Nak citer gak!

Semalam gua baru amek jpj test. Ye tahuuuu, dah umoq duploh baru nak amek kahhhkah.
Semalam ramai nokhormm yknowww. Nak seratuih oghang gak la yang test semalam pastu gua turn yang ke-89 hmm.
Group gua dalam 10 orang cmtu semua stay in group sambil menunggu turn dan ktorang sembang memasing lebat gila acah rapat dah lama ahh syoknya rasa bonding gitu lol.
Serius gua seronok sebab kalau pi driving class before this, gua malas nak amek port sangat tp semalam semuanya buat perangai gila.

Nak dijadikan cerita, gua lulus test tu alhamdulillah.
*winkwink*

Tp tu lah, selama ni kat class, memang drive viva je, and ktorg tahu kalau jpj test akan drive kancil tp serius tak expect akan dapat rasa perbezaan kancil dgn viva ni.
viva wayyyy better than kancil. SUMPA KANCIL MENYUSAHKAN. Taktau la weh, gua yang rasa nak buat cmne. So gua tak dapat nak bagi yg terbaik sebab tu first time try kancil, so gua agak kiciwa dengan markah lulus gua
tp saje la nak citer yang GUA LULUS TEST JPJ DENGAN SEKALI TRY SAHAJO KBYE.



Thanks for the memories Abg Nas (you're the best), fatin aqilah, kak jiha, Adik haiqal (tengah amek spm dan harini paper sejarah 3 but still mampu lulus jpj test. Terbaik ah dik!),
Mirza, that indian guy, that mulut manis guy and that green shirt guy, my former instructor; Encik Meor and not to forget, abang-abang jpj yang bagi gua lulus :*


:)

faam

Tuesday, November 4, 2014

Buku

Kalau ikutkan previous entry, aku ada tulis tarikh post tu ketika disimpan dalam draft pada akhir perenggan.
Ada sebab kenapa aku tulis tarikh draft.
Sebab kat situ, aku claimed yang aku taknak buat buku pun.
Time tu lah.

So agak-agak apa maksudnya?

Aku dah berubah fikiran lah!

LOL

So nak tanya la, acano nak publish buku ni? Gua serius nak tahu ni. eheh.


faam

Mood

Aku pernah terbaca satu 'kenyataan' yang puisi selalu dihasilkan apabila sedang merasai perasaan sedih atau mabuk bercinta.
Senang cerita bila bukan dalam mood 'tiada perasaan' lah.

Aku rasa teori tu logik dan boleh diterima dek akal jugak, at least untuk aku ia masuk akal. 
No wonder aku dah lama tak menulis puisi sejak berbulan-bulan yang lalu. 
You know, aku takde rasa pun tengah dalam mood sedih atau bercinta lately and that's why lah.
Aku try nak tulis balik tapi takde modal dan baru aku sedar selama ni puisi yg aku tulis kat diary tu bermodalkan duka dan bahagia. Kalau takde perasaan, tak tulis. Hmmmmm.

Tapi penulis jenis apa tah bergantung pada mood baru nak menulis ni. Kalau ada penulis puisi yang perangai camni, payah la nak buat buku. Nasib baik aku bukan nak buat buku pun lol


25Oct14



faam

Kawan

Weh aku baru perasan something ni.
Semua kawan aku, yg boleh buat aku sentap, rupa-rupanya
sebab aku anggap dyorang lebih dari kawan biasa.
So bila kawan biasa, macam tak amek port sangat apa dyorang buat.
Kiranya aku boleh rasa sentap bila dengan kawan yang luar biasa je.

Tak pelik la kot perangai aku ni. kot (?)


faam

Motif

Aku takde masalah kalau nak drag whatsapp chat sampai berjam-jam but when it comes to 'bergayut', nak bertahan sejam pun payah pastu asyik usha jam. 
Padahal, dari dulu lagi aku selalu rasakan yang aku prefer calls better than whatsapp. 

So sekarang ni aku konfius dengan diri sendiri.


faam