Monday, August 26, 2013

Penat

Assalamualaikum.


*ini bukan puisi* *saje je bagitahu* *merepek nau*






Sampai satu tahap, kau rasakan kau hanya perlu redha dengan setiap perkara yang kau usahakan dan untuk setiap perkara yang bakal terjadi.
Sepertinya kau sudah lali dengan perkara yang meragut jiwa halus kau.
Ragutan sekerap kelipan mata
Hilang nafas berulang kali
Mati dalaman, kau tahu
Kau kelihatan tidak bernyawa
untuk meneruskan hidup 
teruskan hidup 
dan 
terus-menerus hidup.
Kau termangu seketika dan berfikir, 
"mengapa terus-terusan jadi begini?" 
Mana salah kau?
Celah mana silap kau?
Apa yang kau perlu perbetulkan?
Apa yang kau perlu jaga?
PADIAAAA??
Tuhan masih berikan peluang kau bernafas
Dia mahu kau buat apa?
Kau masih keliru, buntu.
Layakkah kau hidup lagi?
Mengapa tidak dibiarkan saja.
Terlalu kerap kau rasakan dunia sudah melangkaui batas
Kau penat dengan dunia
Dunia begitu kejam untuk kau terus bertahan
Jangan beranganlah, gila!
Masih belum sedia untuk akhir sana kannnn
Cukup sangat ke persiapan, wahai sang pengembara?
Terhimpit
Tiada siapa peduli~



faam

No comments: