Saturday, December 1, 2012

Dia

Watak: Kau, Si A, Si B.

Bila kau dengan A, hubungan antara kau dan Tuhan biasa-biasa saja.
Tapi kenapa bila kau dengan B, hubungan kau dengan Tuhan dah lain? Lain macam mana? Makin dekat, walaupun pergerakan kau hanya setapak demi setapak menghampiri-Nya.
At least kau gerak, kan? 

Perubahan tidak perlu dilakukan dengan mendadak. Komitmen yang dicari. Istiqamah.

Bukan B yang paksa kau berubah. Bukan B yang menasihati kau untuk berubah. Bukan B mahukan perubahan.
tetapi.... 
B menyebabkan hati kau berdetik untuk berubah. Kau sendiri mahu berubah, mahu menjadi yang terbaik.
Sejarah, perilaku, usaha B.
Semua tu kau ambil kira dan menyebabkan perubahan kau yang tidak dirancang.

Tapi kau lupa,
Ini takdir yang Allah aturkan. Kau rancang tidak semestinya akan berlaku tetapi
Allah rancang pasti terjadi.

Terima kasih Allah atas semua yang Kau rancang :')

Ingatlah, pasti ada hikmah dalam setiap perkara yang terjadi. Pasti. 
Jangan pernah kau menyesal, jangan pernah kau sesali. Jangan pernah putus harap.
Allah sentiasa ada bersama kau. Sentiasa.

Allah mahukan kau berubah, Dia hantar wakil kepada kau untuk itu.
Melalui cara yang paling kau tak sangka.





Nota kaki:

Berubah untuk sesuatu yang baik umpama Roket yang mahu berlepas ke angkasa.
Roket mengalami saat paling sukar ketika fasa permulaan. Roket berlawan dengan daya graviti di tahap maksima dan pada ketika itu, fuel paling banyak digunakan. Apabila selesainya fasa permulaan, roket sudah berada di angkasa dan pada ketika ini, selesalah mereka tanpa rintangan graviti.
Kau perlukan sepenuh tenaga, sokongan padu, semangat yang kental untuk MEMULAKAN perubahan kerana pada ketika inilah pelbagai rintangan akan kau hadapi. Masyarakat melihat perubahan kau dan mula menghukum. Hanya satu perkataan; Kuat. Kau perlu kuat. Perlu.
Kau berjaya lepasi fasa permulaan? Alhamdulillah. Maka perubahan kau dapat diteruskan dengan baik tanpa risau, insyaAllah Allah bantu :)

#Reflect #NotetoSelf



with love,
faam (:

No comments: