2012 dalam kenangan.
Banyak betul perubahan aku lalui 2012 ni. Kalau ada sesiapa kawan-kawan aku yang lost contact sepanjang 2012 ni, mungkin dia takdapat bayang dengan perubahan yang aku hadap. Cewahhhhhh tipu jaaaaaa hahahahaaaha. Perubahan mende tah en. Takde la berubah mana wehhh. Macam ni jugak haaaa hikhikkkk.
Cuma mungkin orang disekeliling tu dah bertukar sikit. Contohnya macam ORANG yang aku sayang. Ini bukan berkaitan best friend kerana Dyra Haiyi tetap sahabat terbaik sepanjang zaman bagi aku :)
tapi ini berkaitan DIA yang selalu ada saat saya lalui kesusahan kesulitan kepayahan kepenatan menghadapi dugaan dunia, ya saya, DIA ada di sisi pada saat itu :)
*boleh muntah sekarang!*
Kalau saat senang, saat gembira, saat bahagia, mestilah DIA ada jugak broooo.
DIA yang bernama Muhammad Yasierdin bin Nasrudin :3
jeng jeng jenggggg!
*hohohohohoooo aku geli sebenarnya nih. Boleh proceed cite lagi ke tak nih?*
"Kahlil Gibran pernah menyatakan - "Usia perkenalan bukan suatu jaminan kita mengenali seseorang". Mungkin kita mengenali seseorang itu dalam tempoh yang cukup lama - bersama, kenal antara satu sama lain, tahu baik buruk segala - tetapi malangnya orang itu bukan untuk kita. Bukan untuk kita bersama menjalani kehidupan yang kita mahukan. Bahkan, kehadiran dia mungkin hanya bawa lebih kesakitan yang kita sendiri tidak mahu bayangkan.
Orang yang kita mungkin anggap wujud serupa tak wujud dalam hidup kita - yang hanya bertegur sapa sesekali sekala memberikan makna yang besar dalam hidup kita secara tiba-tiba. Kita tidak boleh menjangkakan sesuatu perkara akan berlaku sekelip mata di saat kita sedang bergelak ketawa - dan orang itu muncul begitu sahaja. Kadangkala kebahagiaan yang direnggut pergi mahu digantikan oleh kasih sayang yang lebih beerti. Kita tidak akan tahu rahsia Maha Pencipta."
*Petikan di atas diambil dari blog Cikgu Lord Zara. Salah seorang penulis Kitab Terfaktab. Follow blog beliau. Kau akan terfikir sejenak dua! Pasti!
follow this blog >>>> Dunia Sebelah Zara
Betul, serius betul apa yang Cikgu Zara cakap (atas dasar hormat, saya panggil dia cikgu, itu lebih selesa barangkali).
Kau tak jangka benda ini akan berlaku. Dia yang selama ini kau kenal hanya sekadar nama, hanya sekadar rakan sebaya, hanya sekadar kenalan, tiba-tiba sekarang lain pula jadinya. Dia segalanya buat kau. *part ni aku mula geli. Aku boleh hulur baldi kat kau kalau kau minta* Dia sahabat baik kau, dia tempat kau merapu meraban buat lawak acah-acah geli nak termuntah loya semua ada. Aku jadi aku, bila dengan kau, Yasier. Shit! hohohohooo
Aku makin kental sekarang, nak jiwang-jiwang lain macam je rasa hohohohoo (tambah hohoho kat akhir ayat untuk buang awkward kat situ).
Dia tak pernah pergi saat kau halau dia. Dia tunggu dan berharap akan ada sinar harapan suatu hari nanti. Penantian dia tidak sia-sia. Syukur kau kembali. Dia menari di dalam hujan, punya lah gembira kan?
Dia hargai kau, setiap saat.
Perasaan itu serupa berlian! :')
Aku punya lah heartless, tapi dia lagi heartless tahan sabar layan perangai aku yang macam tahi. Sumpa dia sabar. Dengan dia, aku baru rasa erti penghargaan. Ya, aprisiasi :)
Kami hanya bercakap 3 kali ketika di maktab;
Ketika di kem tingkatan 5, kami kebetulan kayak bersama. Kebetulan sangaaaat ==".
Hari mock interview, kami duduk sebelah-menyebelah ketika online.
Hari ambil keputusan SPM, dia bawak kereta kesayangan dia tu hoho.
Tak sangka kan? :)
Dia di utara, dan aku kat selatan. Memang LDR betul lah kannnnn -___-"
Okay cukup la takat sini, satgi ada orang mintak baldi tambahan pulak kan HAHAHAHAHAHAAAAHAA
Last but not least, ni ayat last untuk entry kali ni.........
Comelnya aku dalam gambar ni. terlebih putih. Ke mata aku yang salah? |
i love you, Yasiaq :B
uhukkkk uhuuuuuuuuuuukkkk uhuuuukkkkk
Aku rasa aku hilang sedikit keupayaan untuk berjiwang selepas diperli dengan pedih. Ouchh! HAHAHAHAHAAAHAHAA
with love,
Fatin Amirah :3