Pilu jugak hati rasanya bila pikir gua semacam hilang punca bahan bacaan apabila favorite bloggers gua jarang kemaskini blog mereka. Pastu gua semacam kena humban ke tanah bila diperli oleh otak sendiri; "tafsir al-quran dah abes stalk ke?" upsss
Gua pernah cakap nak reply email beliau tp sampai sekarang gua tak reply. Serius gua rasa gua perlu reply dalam masa terdekat ni tp gua dah clear conversation ws dengan beliau so email yang dia pernah habaq kat gua tu gua dah lupa. erm takkan nak mintak. oh kenot la gitu nooo. harap dia masih tunggu email dari gua sebab gua teringin nak main silly football game lagi dengan beliau tu ehe.
Gua memang makin pudar dalam dunia whatsapp bila hampir kesemua whatsapp yang dihantar kawan-kawan gua, gua tak reply. ignore je manjang. ntah la kawan, gua rasa eloklah kiranya engkorang email je gua sebab gua lagi baca email dari whatsapp ni sebenarnya. *rolled eyes*
Seronok tengok membe gua yang dulunya berkongsi cerita dan meminta pendapat gua berkaitan bunga-bunga ditaman, kini sudah berjaya menangkap kumbang bukan sebarang kumbang. HAHAHAHAA good catch lol
Bila memikirkan harga rumah yang semakin lama semakin hilang ciri-ciri affordable bagi belia yang baru ingin memulakan kerjaya ni, gua amek gak la sedikit waktu yang Tuhan bagi kat gua ni untuk cari jalan menjadi seorang yang berjimat cermat dan bijak menguruskan wang. Namun, gua masih belum jumpa jalan yang dicari. *sigh* Dan gua jugak tidak terlepas untuk memikirkan cara untuk menambahkan wang simpanan yang gua rasa belum dimulakan lagi secara sah. Gua respek sepenuhnya kepada jejaka dan wanita-wanita yang bijak mencari peluang untuk menambah duit poket dan wang simpanan dengan usaha sendiri biarpun masih bergelar mahasiswa, dan bukan hanya bergantung sepenuhnya kepada ayah dan ibu. Kita dah puluhan tahun namun masih mahu menyusahkan mereka lagi? Pastu duk riak paa citaa lol Berat jugak isu gua sembang dengan engkorang ni. dan bukan main skema lagi bahasa yang digunapakai. Apa gua mabuk laut ke? Hmm