Tuesday, July 8, 2014

Golongan yang Wujud di Garis Masa Twitter Anda

Kat twitter ni, macam-macam pesen manusia kau boleh jumpa (not literally).

Golongan yang Wujud di Garis Masa Twitter Anda.

Pendengki; 
Orang yang macam ni suka stop orang dari rasa happy. Contohnya bila si A spam timeline dengan benda yang menggembirakan hari dia, so nanti si Pendengki ni pun akan tweet secara anmensi nak suruh si A tu jangan over sangat gembira (dia meluat tengok orang gembira barangkali). Pastu nanti secara perlahan si A pun stop tweet gembira dan dia pi main game. Lagi bahagia katanya. Pastu si Pendengki senyum sinis dan kembali perhatikan timeline. 

Gloomy-head;
(Aku taktaw lah wujud ke tak term tu tp bantai je la kan ye la muet aku pun band biasa-biasa aje lol)
Tweet semedang sedih, broken heart mende tah. Orang yang baca tweet dia pun terus spoil mood dia pastu tak jadi nak happy-happy sangat bagi menghormati perasaan si Gloomy-head ni. Dia ni sebarkan negative vibe ni tak elok sangat berkeliaran di timeline. Eloklah kau tweet satu dua ketul je pastu pi sembang masalah kau dengan Tuhan. Better kan?

Dr.Love;
Dr Love ni layak bagi kat aku je sebenarnya sebab aku yang tulis entry ni so aku rasa sukati aku la nak kasi sapa yedok?
Erm tak lawak ke? K
*uhukk*
Dr Love ni kekadang nice jugak la kalau ada berlegar kat timeline sbb kekadang dia tweet benda-benda yang berinspirasi berunsurkan cinta. 
Tapi kalau banyak-banyak sangat kau post inspiration tweet ni orang kata kau copy paste je kan? So eloklah kau tweet sekali sekala je biar rare sikit. 

Lovebirds;
Ini golongan paling orang rasa mual bila dyorang active. Sorry not sorry 'coz truths do hurt. Kalau ikutkan, lovebirds ni paling banyak kena unfolo kalau dyorang ber-PDA (Public Display of Affection) seperti tiada alternative lain yang untuk mereka saling berhubung yang lebih personal dan private. laik idk. 

PakOstad;
Haa yang ni baguih sangat la ada kat timeline bagi yang lain tersedak sikit. Tapi kekadang memang akan yang kena bash la kalau poyo sangat tweet dia. Biasalah tu berdakwah bukan mudah yedok tp kena cool la jangan poyo sangat. Nice lah ada orang tweet benda-benda kesedaran ni kasi tak hanyut sangat dalam dunyawi sebab kalau kata inisiatif sendiri nak pi dengar kuliah ke talk ke macam ermmm la sikit kan? :P
Baguih la tweet benda-benda baik dari tweet mencarut ke maki ke haa. Yang tweet dapat dosa, yang baca tu pun termencarut sekali dalam hati so dosa jugak *geleng kekesalan*

Judgmental;
Ini golongan majority yang ada di timeline dan orang yang tengah menulis ni kiranya termasuk sekali lah sebab takde keje pi describe golongan-golongan yang wujud di timeline twitter anda yadayada like omg faam kau ni takde keje sangat ke nak hurai orang ni pastu judging zzzzzz 

tp itulah, kalau rasa tak boleh ngam, mute je lah kak. Ke unfolo ke. Tak pun, block lagi senang yedok?


p/s: 
Sorry kalau ada ayat di atas ada yang buat engkorang terasa hati. Ala hidup ni nak serius-serius sangat buatapa, serabut kot!

p/p/s: 
Entry ni superduper random. Serius sangat random.



faam

Kann

Last entry aku 17 June, sekarang dah 8 July. 
erm




LAMA GILA AKU TAK UPDATE OHHHH AKU BUAT APA SAMPAI TAKDE MASA NAK UPDATE??


ehh lek ah jangan ah jerit. Aku busy (sembang!) dan taktaw nak cite apa kat engkorang tapi bila rasa nak update blog haa tak on laptop pulak time tu so cancel dan hilang idea zzzzzz



faam


Tuesday, June 17, 2014

Bucks

Bapa kaya manalah ni yang kasi duit note usd100 4 keping kat anak lelaki dia ni, baya-baya budak darjah 2 or 3 lah rasanya. 

Anak dia and the gang mintak tolong aku (pemilihan dilakukan secara rawak) convert-kan duit tu sebab dyorang budak bawah umur, tak lepas LOL

Dapat jugak la upah drpd bebudak ni. Boleh buat bayar bill internet Yes 4G aku untuk 2 bulan lolololll


faam

Kan

Malas lah nak tayang rasa-rasa sedih ni. Bukan ada orang kesah pun.
Lagipun nanti orang yang nampak/baca, terkesan sekali.
Ye la, takkan dia nak huhahuhaa happy bila kau sedih.
Such an ignorant people!


faam

Comot

Ketika bersembang dengan kakak aku....

"Sneakers mu comot la."
"Kotor kan? Y***** kata takyah basuh. Kotor2 la baru smart."
"Kannn. N**** pun cakap benda yang sama do. Siyes sama. Kata takyah basuh la sneakers, kotor baru smart."
"Tapi tu la, rasa macam ermm kotornya kasut, selekeh pulak rasa. Perempuan kan."


p/s: Tapi aku selekeh je selama ni. erm *rolled eyes*



faam

Tuesday, June 10, 2014

Related

Dah kenapa nak keliru dan serabutkan fikiran?
Mestilah serabut.
Masalahnya sebab semua benda yg aku buat, aku boleh relate dengan kau.



Parah faam iz parah.



faam

Fillah

Dari dulu lagi aku selalu dengar

"Aku berkawan dengan dia kerana Allah."
"Aku suka dia kerana Allah."
etc.

Aku cuba paham apa maksud "..... kerana Allah."
I mean, camne tu?
Pernah je orang explain kat aku tapi time tu je la aku paham pastu lupa balik sebab tak paham sepenuhnya dengan hati.

Tapi akhirnya, beberapa hari yang lepas, aku baca buku Aku Hamasah As-Syabab by Afiq Sazlan, ada sembang pasal bendalah ni dan aku boleh relate dengan life aku sekarang.
Rupanya dah lama aku lalui benda ni, tp aku je taknampak.

Betul, memang aku tengah rasa "aku suka dia kerana Allah."

p/s :
pergi kerana Dia, suka kerana Dia juga.



faam

Tipu

Logik tak kalau hati pun pandai tipu jasad kau sampai kau taktaw apa yang sebenarnya hati kau rasa?

Boleh tahan gila jugak aku pikir mendalah ni sebab aku tengah lalui.
Fuhhh!


faam

Erk

Malam yang hening, aku tengah asyik mengira stok yang melecehkan, tetiba...

"Kok!"

Terkejut aku.
Ada sorang mamat panggil aku.
Dia pandang aku, aku pandang dia, dia masih pandang aku, dan juga masih pandang dia.
Kaget.
Raut wajahnya persis seseorang. Shittening turbo!
Tambah kaget dibuatnya....

"Kerja sini kaa?"
"Ha'ah."
"Ni ada apa ya dalam ni?"

Aku pun explain je la kat mamat ni.
Fuhhh dia cakap slang Kedah pulak dah.
Dah la muka dah sama, bila cakap keluar slang Kedah dia pulak tu. Natang. Jelmaan kau ke apa ni?
Kucar-kacir kerja aku dibuatnya.
Mamat tu siap sempat nak buat lawak lagi ==


ERKKKKKKKKKK


faam

Ho

Nak kata benda ni lambat lagi so takyah pikir sangat la, tak boleh jugak.
Nak pikir sangat pun buat serabut otak je.
Serius gua runsing.

p/s: eleh faam, kata je dah mov.....eh nevermind.



faam