Thursday, July 10, 2014

Share

Takdelah, dah la aku ni jenis jarang nak share problem kat orang.
Ni bila dah cerita, respon kurang enak pulak diterima.

"Haha"


?????


Kenapa reply "haha" ?
Tak kesah la kau maksudkan ke tak ke gelakan tu, tp memang serius aku cakap,
spoil mood, berubah pandangan aku terhadap kau, hilang kepercayaan.

Dalam masa 2,3 bulan ni, ni kali kedua aku terima respon camni, dari 2 orang yang berbeza. Even though cerita yg aku share tu bukan lah pasal aku tp itu berkaitan musibah org keliling aku haa. Serius pasni kau takde dalam list la aku nak cerita pape. Bye.

Sekarang yang tinggal cume sorang je yang masih aku percaya untuk kongsi cerita. Tetap percaya.

You know who you are, beb.
Thanks :)


p/s: 
Kepercayaan tu umpama sehelai kertas yang elok dari setiap segi. 
Kalau direnyokkan, mana mungkin dapat kembali seperti yang asal.

Weh, kepercayaan aku dah kedut terhadap kau weh.
LOL.

Eh lek ah, ni bukan rage entry ke apa ke, cuba baca dengan nada paling sempoi haa.




faam

Tuesday, July 8, 2014

Rasa

Duduk semeja bertongkat bahagia,
Bergelak ketawa berkongsi rahsia,
sambil meneguk secangkir kopi bersahaja,
meski bukan penikmat minuman pekat sekadar rasa,
kerna untuk kau,
Apa sahaja.


---angan



faam


Comel

Ni nak cerita la sikit, haritu time habis je solat terawih, aku sembang-sembang dengan adik aku dan kawan-kawan dia, termasuklah sorang budak lelaki darjah 4 yang sangat comel. Sangat banyak cakap.
Bila dia bercakap je, aku pandang je dia sebab COMEL SANGAT (aku bukan pedo).

Pastu, dia mintak pendapat ktorang, nak bagi hadiah bday apa kat kawan dia. 
Macam-macam ktorang suggest, ada yang dia boleh consider ada yang dia rejek mentah-mentah lol.
Tengah duk saje pulun pikir idea, dia cakap kat aku,
"Pipi tembamlah akak ni!" 
pastu dia terus main cubit geram pipi aku =___________________=""
Terkesima aku 12746134 saat kat situ.
Merah padam muka aku woiii.
Mende dia ni malu aku erm.....

Okay itu sahaja, bye.


faam

Ubat

Hidup umpama makan ubat.
Kemam lama-lama buat apa kalau tahu pahit,
telan laju-laju dan terus tidur!



faam



awww

Relationship goal. Here here.



faam

AT


Jangan tanya kenapa aku fangirling kat mamat rambut hensem ni, Captain Obvious!


faam

AM

"'Cause there's this tune I found that makes me think of you somehow and I play it on repeat
Until I fall asleep"

- Do I Wanna Know, Arctic Monkeys.



faam

Yeah

Padahal kalau ikutkan dah lebih setahun tapi takleh gak pergi.
what kind of sorcery is this?

<3


faam

Golongan yang Wujud di Garis Masa Twitter Anda

Kat twitter ni, macam-macam pesen manusia kau boleh jumpa (not literally).

Golongan yang Wujud di Garis Masa Twitter Anda.

Pendengki; 
Orang yang macam ni suka stop orang dari rasa happy. Contohnya bila si A spam timeline dengan benda yang menggembirakan hari dia, so nanti si Pendengki ni pun akan tweet secara anmensi nak suruh si A tu jangan over sangat gembira (dia meluat tengok orang gembira barangkali). Pastu nanti secara perlahan si A pun stop tweet gembira dan dia pi main game. Lagi bahagia katanya. Pastu si Pendengki senyum sinis dan kembali perhatikan timeline. 

Gloomy-head;
(Aku taktaw lah wujud ke tak term tu tp bantai je la kan ye la muet aku pun band biasa-biasa aje lol)
Tweet semedang sedih, broken heart mende tah. Orang yang baca tweet dia pun terus spoil mood dia pastu tak jadi nak happy-happy sangat bagi menghormati perasaan si Gloomy-head ni. Dia ni sebarkan negative vibe ni tak elok sangat berkeliaran di timeline. Eloklah kau tweet satu dua ketul je pastu pi sembang masalah kau dengan Tuhan. Better kan?

Dr.Love;
Dr Love ni layak bagi kat aku je sebenarnya sebab aku yang tulis entry ni so aku rasa sukati aku la nak kasi sapa yedok?
Erm tak lawak ke? K
*uhukk*
Dr Love ni kekadang nice jugak la kalau ada berlegar kat timeline sbb kekadang dia tweet benda-benda yang berinspirasi berunsurkan cinta. 
Tapi kalau banyak-banyak sangat kau post inspiration tweet ni orang kata kau copy paste je kan? So eloklah kau tweet sekali sekala je biar rare sikit. 

Lovebirds;
Ini golongan paling orang rasa mual bila dyorang active. Sorry not sorry 'coz truths do hurt. Kalau ikutkan, lovebirds ni paling banyak kena unfolo kalau dyorang ber-PDA (Public Display of Affection) seperti tiada alternative lain yang untuk mereka saling berhubung yang lebih personal dan private. laik idk. 

PakOstad;
Haa yang ni baguih sangat la ada kat timeline bagi yang lain tersedak sikit. Tapi kekadang memang akan yang kena bash la kalau poyo sangat tweet dia. Biasalah tu berdakwah bukan mudah yedok tp kena cool la jangan poyo sangat. Nice lah ada orang tweet benda-benda kesedaran ni kasi tak hanyut sangat dalam dunyawi sebab kalau kata inisiatif sendiri nak pi dengar kuliah ke talk ke macam ermmm la sikit kan? :P
Baguih la tweet benda-benda baik dari tweet mencarut ke maki ke haa. Yang tweet dapat dosa, yang baca tu pun termencarut sekali dalam hati so dosa jugak *geleng kekesalan*

Judgmental;
Ini golongan majority yang ada di timeline dan orang yang tengah menulis ni kiranya termasuk sekali lah sebab takde keje pi describe golongan-golongan yang wujud di timeline twitter anda yadayada like omg faam kau ni takde keje sangat ke nak hurai orang ni pastu judging zzzzzz 

tp itulah, kalau rasa tak boleh ngam, mute je lah kak. Ke unfolo ke. Tak pun, block lagi senang yedok?


p/s: 
Sorry kalau ada ayat di atas ada yang buat engkorang terasa hati. Ala hidup ni nak serius-serius sangat buatapa, serabut kot!

p/p/s: 
Entry ni superduper random. Serius sangat random.



faam

Kann

Last entry aku 17 June, sekarang dah 8 July. 
erm




LAMA GILA AKU TAK UPDATE OHHHH AKU BUAT APA SAMPAI TAKDE MASA NAK UPDATE??


ehh lek ah jangan ah jerit. Aku busy (sembang!) dan taktaw nak cite apa kat engkorang tapi bila rasa nak update blog haa tak on laptop pulak time tu so cancel dan hilang idea zzzzzz



faam