Harini, lebih luar jangkaan
Senyum membawa buah tangan
Buah tangan harapan
Harapan yang selama ini Telinga nantikan
Biarpun tidak terlalu izhar namun telus
Telinga terus ke awangan
Menembusi langit gusaran
dan menari riang.
hehe serunut
Kawan,
kau kena sentiasa ingat,
hidup ini bukan seperti yg kita rancang, kita harap.
Hidup kau esok lusa belum tentu ada,
masakan janji 4,5 tahun lagi.
Hidup ini memang begitu.
Luar kotak jalannya.
Tapi kau, kau siapa nak persoalkan takdir Tuhan?
Bukankah Tuhan Maha Tahu?
Hamba yang hina berani bersuara lantang melawan dan persoalkan kerja Tuhan?
Tak malu ke?
Telan dan hadap.
Tetapkan dalam minda, ini yang terbaik buat kita.
faam
Jika sayang,
belum tentu bersama.
Tapi kalau itu adalah kau,
mana mungkin aku rela.
Ini untuk kau, J
:)
faam
Jika kau didakap perasaan bahagia,
nikmatilah setiap detik sebaiknya.
Kerna kita pun tahu,
masalah tidak mahu melepaskan genggaman tangan kehidupan kita.
Lupakanlah biar sementara
Indah itu bukan selamanya bersama.
Nikmati selagi ada
Buat kau tersenyum gila :)
faam
Maaf, walau apps Blogger ada dalam phone, sye masih jarang kemaskini blog.
Kiranya alasan je la selama ni? Semua sebab malas kan? Hahaahaa.
Kemonnnn! faam dengan malas..... ermmm malas la nak cite en keintiman mereka tahap macam mana hmmm
faam