Kisah ni dapat dari rumet saya, si Maryam.
Ada seorang lecturer ni, lecturer rakan kepada Maryam. Kisah ni dari pengalaman lecturer tu sendiri. Berkaitan jodoh hehehe.
Dia cakap, dia list down segala ciri-ciri suami idaman dia time zaman dia belum kawin lagi. Alhamdulillah, 90% apa yang disenaraikan tu ada pada suami dia sekarang! Ktorang dengar pergh perghhhhhhhhhhhhhhhhh cool gila! Okay itulah jodoh namanya :")
Mari kita amek pengajaran dari kisah ni hmmmm.
- Apa sahaja target anda, cuba untuk senaraikannya bagi lebih jelas misi dan target anda. (Tidak fokus pada jodoh sahaja, boleh aplikasi pada contoh yg lain)
- Apa sahaja target yang disenaraikan tu, biarlah logik dan bersesuaian dengan kita. Yang mampu capai barangkali? InsyaAllah.
- Okay fokus balik pada jodoh, contoh kalau kita listkan nak suami yang selalu solat berjemaah/ solat di awal waktu......kita pun kena la macam tu jugak kan? Adil ke kalau nak suami soleh tapi kita sendiri tak berapa nak solehah? hmmmmm. Kalau kita tak macam tu, cuba untuk berubah menjadi lebih baik, perlahan-lahan. At least hari ini kita jadi lebih baik dari semalam. Kan?
Hahahahaaa duk pung pang pung pang pasal jodoh tapi saya solo jugak en en en Hey babe its okay lah nak prepare sebaik mungkin awal-awal untuk future. Takkan dah nak kawin baru nak prepare tu prepare ni haaaa.
Lama-lama bila pikir pasal jodoh ni, cuak betul. Sape tah jodoh kita tu kan? Pernah jumpa ke atau masih belum bertemu lagi? Kalau lelaki, dia takde lah nak risau sangat kot sebab dia yang akan propose (pilih). Boleh pilih nak yang solehah, atau cantik, atau bijak atau apa saja, cume diterima atau ditolak je lah masalah dia.
Tapi kalau perempuan? Dia nak pilih-pilih pun bukan boleh nak approach macam lelaki buat kat perempuan. Ah rumit betul qwejqiehekjfnwkafwklcnavkdnawejqiwjdnqs okay malas pikir ciao~
p/s:
Allah dah tetapkan jodoh kita sejak kita dalam alam rahim lagi. Toksah dok pikir sangat. Doa banyak-banyak dan berserah.
Allah tahu mana yang terbaik untuk kita. Pasti :)
faam