Saturday, June 29, 2013

Funneh

Assalamualaikum.

Ada kejadian yang kelakar-namun-memalukan semalam. Fuhh serius bro!
Camni.........

Aku balik rumah dari uia naik ktm. Then, dah sampai shah alam, aku call kakak aku (kak ina) suruh amek kat station la kan. Tunggu. . . . . . Okay kak ina dah sampai! Zara pun ada ikut. Sebab agak sesak sikit time tu orang add-drop penumpang (okay hambar), so aku cepat2 bukak pintu penumpang belakang, dengan niat nak letak barang yang banyak tu dan nak duduk di bahagian co-driver bersama zara tapi kan........................... 
kak ina terus meluncur laju lepas aku letak barang . . . . . . . . . . . . . 
OMG!! Beg semua dah taruk dalam kereta dengan fon sekali, how to call Kak Ina? ==
Aku pun berjalan laju ke hadapan dan monolog "Haih, ni kena balik jalan kaki la camni =="

Zara time tu berdiri atas kerusi kereta sambil pandang belakang dan aku bagi isyarat suruh btaw mak dia yang aku tertinggal ni =="""
Tapi apakan daya, dia hanya budak 2 tahun dan aku harap dia paham isyarat aku :')

Aku tengok je kereta tu meluncur laju dengan sebak BHAHAHAHAHAHHAHAAA taklah sebak tp sebab tengah penat pastu kena jalan kaki pulak en hahahahaaa

Kereta sudah jauh lebih 500m meninggalkan aku
.
.
.
Aku perati je kereta tu kalau-kalau kak ina U-turn ke en en
.
.
erm ermmmm
.
.
.

Keajaiban berlaku. Nampak kak ina belok di selekoh hadapan dan sepertinya menuju ke aku.
Okay nice kak ina sedar aku takde dalam kereta :')
Aku rasa sape yang kat situ dok perati aku time tu mesti nak tergelak tengok aku kena tinggal...... Ah shadap!

Lantas, aku naik kereta dan gelak gila-gila dengan kak ina.
HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHSAJDHQIWEHQGFBKFELFIQRWQOEQIWUD

(Dialog lebih kurang macam ni lah)

K.Ina : Sye ingat mu dah naik lah, bunyi pintu dah tutup.
Fatin : Sye nak duk depan dengan zara.
K.Ina : Bila dah sampai jauh sikit, Zara cakap, "Mommy, nape Mommy tinggal Cik Am? :(" 
          Dia macam nak nanges.
          Sye pun cakap lah, "Mana ada Mommy tinggal, tu ada kat belakang tu." Pastu sye
          tengok kat belakang, mu takde. HAHAHAHAHAHAHAHAHA. Nasib baik belum sampai
          rumah lagi, kalau dah sampai, memang mu balik sendiri la ye.

Pastu Zara sengeh-sengeh kat Aku. Hahahaha nasib baik la budak ni cakap. Nampak tak Zara ni sayang aku? Haaaaa

Balik rumah, cite kat ma abah abg pai semua duk gelakkan aku hahahhahaa nasib baik mood aku baik so aku pun gelak sekali lah hahahhaaha.
Dah dah jangan gelak lelebih, aku pang kang haaa!

.The End.

faam

Berdiri

Assalamualaikum.





“Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

Kan.


faam 

Manusia

Assalamualaikum.









Ditanya seorang cendikiawan, 
"Kenapa langit itu bersih?"
Beliau tersenyum lalu menjawab,
“Kerana manusia tidak tinggal di sana.”



with love,
faam

Thursday, June 27, 2013

He knew


Lihat

Assalamualaikum.

Kalau kau berhenti merungut, mungkin kau boleh rasa nikmat bersyukur tu.


love,
faam

Tikam

Assalamualaikum.

Itu atas pilihan kau mahu jadikan 
kata-kata yang menikam itu
buat kau tersungkur 
atau 
cabaran yang perlu disahut.


love,
faam

Dosa

Assalamualaikum.

Okay mari mulakan sesi.....................

Rimas ke dikelilingi orang yang mengjengkelkan? Hahaha yup siapa tak rimas kan? Lagi-lagi yang sengaja buat sakit hati tiap hari (tak tuju kat sesapa ^^v).
Okay looking on the bright side [positive thinking mode : turn on],
Bila benda tu menyulitkan, itu antara ujian dari Allah kan? Ujian Allah ni datang dalam banyak bentuk, ada yang menggembirakan ada yang menyulitkan. Kalau hidup senang pun ujian jugak, Allah nak uji kita sejauh mana kita mengingati-Nya ketika senang. Macam tu jugak time susah. Kan.
Then, anggap je la Allah hantar orang-orang sebegitu atas sebab kafarah dosa untuk kita. Well actually you could google it by yourself if you want to know more about "kafarah dosa". Aku cakap lelebih kang satgi salah pulak mampus kena tanggung nanti. Literally, it means "penghapusan dosa". Nak tahu lebih tanya ustaz or ustazah tau! Jangan tunggu lelama, satgi lupa. 



So kiranya macam Allah nak kau sabar lebih sikit, tahan dengan orang yang macam tu. 
Sabar. Sabar. Sabar. Kalau kita sabar, kiranya kita dah lulus lah kan ujian Tuhan untuk kali ni?
 وَاللّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ....
...dan Allah (sentiasa) bersama orang-orang yang sabar. [2:249]

Dan pernah dengar yang ini?

"Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan."


Obviously, aku tak cakap aku ni penyabar orangnya. Sumpa tak. Kalau ikutkan, boleh tahan kuat melenting. Sebab apa ya? Sebab suka pendam? Macam tu ek? Ntah. Help me please! :(

Back to the point, yup kafarah dosa. Tahu kan yang setiap yang terjadi tu tak pernah secara kebetulan, semuanya dirancang Tuhan? Ada hikmah. Yup. Dan itulah hikmahnya, Allah nak kita perbaiki diri, jangan jadi macam orang yang menyakitkan hati orang lain tu. Bantu dia, bimbing dia, ubah dia. Takkan nak biar dia terus sebarkan kebencian :(
Inilah masanya jadi Muslim yang berguna, gunakan akal tegur dengan cara paling berhikmah.

Nak tegur seseorang tu payah kan? Lagi-lagi bila kita ni taklah alim mana, ilmu pun secoet je. Tapi tu lah, ada perasaan nak menegur tu kira Alhamdulillah lah. Antara pendekatan yang baik untuk menegur seseorang tu dengan cara mendekati dia dulu, selami hati, fahami cara hidup dia, sayangi dia. Kalau tak rapat sangat, tetibe nak terus menegur tu agak payah la actually. Satgi dia cakap "Hek eleh kerek. Ni tah sape-sape tah ni nak tegur aku." kot la kan. Haa yang dah rapat tu, ukhwah yang dah terjalin tu (cewah ukhwah kau), bila kita tegur dia, insyaAllah dia akan berubah kalau betul dia sayang kita. Kalau takmo dengar cakap gak, cakap la "Aku nak kau masuk syurga. Tak sanggup tengok orang yang aku sayang masuk neraka. Aku tak cakap aku komfem masuk syurga tp at least kte cuba. Kau taknak cuba ke? Jom lah cuba bersama :(" cakap dengan cara yang paling sopan.


"Kalau Tuhan Maha Pengampun, kau yang cuma hamba ni takkan taknak maafkan orang? 
Kau. Hanya. Hamba." 
[faam,2013]

Okay cukup lah tu untuk tazkirah pagi ni.

Mohon bermanfaat.
Maaf terkasar bahasa tersilap bicara.

with love,
fatin amirah :3

Fed up

Assalamualaikum.


Kadang-kadang bila kau fed up dengan orang sekeliling, janganlah sampai kau amik langkah untuk berubah jadi lebih teruk. Sebab dah fed up? So dah tak amik pusing dah dengan apa yang terjadi? Macam tu? Ohh tak matang lagi ni. Alolololooo meh sini meh *usap kepala*.

Disebabkan lama tak bebel kat blog so aku terbebel panjang kat twitter pagi tadi. Well actually it is not a mumbling, ia lebih kepada muhasabah diri. Mungkin nampak annoying sikit sebab aku spam timeline. Ye la, pagi-pagi sape je online. Ada yang pergi kelas, pergi kerja, atau ada yang tak bangun tido lagi. Aku kelas pukul 11pg so watlek watcool je la bangun spam TL.....

Okay aku sambung bebel kat entry yang seterusnya tau!

with love,
faam :)

Monday, June 24, 2013

Haze

Assalamualaikum.


Kadang-kadang bila kita sayang seseorang tapi tak cakap kat dia dengan harapan dia dapat rasa ....................................ha ha..............................
blergh!
Nasihat saya, jangan buat selalu. 
Ever heard this quote? "If you love someone, tell them, because hearts are often broken by words left unspoken."

Itulah kan.
Bila cakap, segan. Bila tak cakap, menyesal.

Pusing.

Mungkin kau perlu bijak mengenal pasti keadaan yang sesuai untuk bercakap atau tidak. Bila kau ucap, dia rasa lebih dihargai barangkali?


CUKUP!!


Apa aku mengarut tengah-tengah malam ni? ==
Tahulah uia bagi cuti sehari esok due to haze yang boleh tahan sesak dada.
okaybye nak layan movie.




with love,
faam :)

Sunday, June 23, 2013

Ghindu

Assalamualaikum.

Kadang-kadang bila aku rindu seseorang,
aku tak cakap direct kat dia yang aku rindu.
Cukuplah dia dapat rasakannya melalui perbuatan aku.
*krik krikkkk*

Habis tu, dah dapat rasa kerinduan aku tu, tak gheti-gheti nak balas???

Errrrrr camne nak balas rindu . . . . . 
*double krik krikkkk*

with love,
faam :)

Friday, June 14, 2013

Sarkastik

Assalamualaikum.

Situasi berlaku beberapa hari yang lalu, ketika di meja makan dan sarapan ketika itu adalah nasi impit dan kuah kacang.

Z:        Jangan ada orang makan plastik nasi impit ni sudah.
           *Z hanya memotong nasi impit tersebut tanpa membuang plastiknya*
F:        Ya (jawapannya) kalau orang tu adalah penyu.
Z:        Penyu makan plastik ke?
F:        Makan. Tu yang mati tu.

Pffffffffffffft. Penuh sarkastik kerana mood swing. Syukran. 

p/s: F dan Z bukan nama sebenar.


with love,
faaaaaaaam